MEMUAT TURUN GARIS PANDUAN DAN ETIKA PENGGUNAAN INTERNET
v ETIKA PENGGUNAAN INTERNET
Ø PRINSIP
Ø ETIKA
§ RUKUN ETIKA
Ø ISU ETIKA
Ø CIRI PROFESIOLISME
§ KOD ETIKA
Ø KERANGKA KOD ETIKA
§ KOD ETIKA PROFESIONALISME
1. Keseimbangan
• Kebaikan yang dibawa oleh teknologi maklumat mestilah lebih baik daripada risiko dan keburukan.
2. Keizinan termaklum
• Mereka yang menerima kesan teknologi maklumat mesti faham dan menerima risiko yang akan dihadapi.
• Apabila mereka telah faham maka mereka lebih bersedia menerima sebarang risiko yang timbul
3. Keadilan
• Manfaat dan keburukan teknologi maklumat mesti diagih secara adil.
• Mereka yang menerima kebaikan patut menanggung sama risiko dan mereka yang tidak menerima kebaikan tidak patut menanggung risiko yang lebih.
• Risiko yang diterima haruslah adil untuk kedua belah pihak.
4. Meminimumkan risiko
Teknologi maklumat mesti dilaksanakan dengan mengelak risiko yang tidak berkaitan dan diminimumkan agar manfaat yang diterima daripada teknologi maklumat adalah lebih daripada risikonyaISU ETIKA
1. Penggertak (Cracker)
Cracker ialah golongan yang menceroboh ke dalam sistem komputer dan merosakkan sistem yang ada dengan tujuan utama membuat keuntungan. Cracker tidak menulis program untuk membangunkan perisian tetapi menggunakan perisian yang dibangunkan orang lain untuk tujuan kemusnahan. Cracker tidak mempunyai etika kerja yang baik.
2. Penyalahgunaan Internet
Konsep ‘langit terbuka’ yang dilaksanakan oleh negara kita telah mengundang banyak implikasi buruk kepada para pengguna Internet terutamanya di kalangan remaja.
3. Virus
Sebarkan virus - merosakkan sistem, data, perisian, melumpuhkan rangkaian komputer.
4. Hakcipta
Memuat turun sebarang perisian atau dokumen tanpa kebenaran adalah salah dari segi undangundang hakcipta. Keizinan daripada pemiliknya adalah perlu.
5. Perisian cetak rompak
Maklumat yang diperolehi yang tidak mendapat kebenaran pemilik asal untuk dibuat cetakan secara tulisan dan audio visual.
CIRI PROFESIONALISME
Lieberman dalam Sufean (1993) telah
menggariskan beberapa ciri-ciri profesionalisme, antaranya ialah:
1. Harus ada perkhidmatan penting dengan matlamat yang jelas untuk masyarakat dan negara.
2. Menggunakan banyak keupayaan dan kebolehan intelek semasa menjalankan tugas.
3. Mendapat latihan yang khusus dalam sesuatu bidang kemahiran ikhtisas pekerjaan itu dalam jangka masa tertentu.
4. Harus ada kuasa autonomi semasa menjalankan tugas kerana anggota dalam sesuatu kumpulan profesional itu adalah pakar dalam bidang tertentu.
5. Mementingkan mutu perkhidmatan dan dedikasi dengan tidak mementingkan keuntungan wang (gaji) semasa menjalankan tugas.
6. Mempunyai tatasusila perkhidmatan yang harus dipatuhi oleh setiap anggota dalam kumpulkan profesion itu.
1. Inspirasi dan panduan
2. Pencegahan dan Disiplin
3. Memelihara Maruah Profesion
4. Memelihara Keharmonian
5. Sokongan
KERANGKA KOD ETIKA
Kebanyakan syarikat dan organisasi profesional
membangunkan kod etika masing-masing. R.O. Mason [et al.] mengkategorikan isu etika kepada
4 iaitu:
2. Ketepatan
3. Hak milik
4. Capaian
MEMINDAHKAN GARIS PANDUAN DAN ETIKA PENGGUNAAN INTERNET DALAM BENTUK BROSUR DAN POWER POINT
No comments:
Post a Comment