MELAKSANAKAN SIMULASI PENGAJARAN ATAS TALIAN
KATALOG ALAMAT INTERNET
Guru boleh menggunakan laman web yang berkenaan untuk digunakan sebagai bahan pengajaran. Langkah penggunaan laman web adalah seperti berikut:
MELAKSANAKAN SIMULASI PENGAJARAN ATAS TALIAN DAN LUAR TALIAN DENGAN MENGGUNAKAN LAMAN WEB DAN TAPAK PEMBELAJARAN
SIMULASI LUAR TALIAN
CONTOH TEKS DARIPADA LAMAN WEB.
Burung Bangau Dengan Seekor Ketam
Pada zaman dahulu terdapat sebuah tasik yang sangat indah. Airnya sungguh jernih dan di dalamnya ditumbuhi oleh pokok-pokok teratai yang berbunga sepanjang masa. Suasana di sekitar tasik tersebut sungguh indah. Pokok-pokok yang tumbuh di sekitarnya hidup dengan subur. Banyak burung yang tinggal di kawasan sekitar tasik tersebut. Salah seekornya adalah burung bangau. Manakala di dalam tasih hidup bermacam-macam ikan dan haiwan lain. Ada ikan telapia sepat, kelah, keli, haruan dan bermacam-macam ikan lagi. Selain daripada ikan,terdapat juga ketam dan katak yang turut menghuni tasih tersebut.
Burung bangau sangat suka tinggal di kawasan tasik tersebut kerana ia senang mencari makan. Ikan-ikan kecil di tasik tersebut sangat jinak dan mudah ditangkap. Setiap hari burung bangau sentiasa menunggu di tepi tasik untuk menagkap ikan yang datang berhampiran dengannya.
Beberapa tahun kemudian burung bangau semakin tua. Ia tidak lagi sekuat dulu untuk menangkap ikan. Kadang- kadang ia tidak memperolehi ikan untuk dimakan menyebabkan ia berlapar seharian. Ia berfikir di dalam hatinya seraya berkata "Kalau beginilah keadaanya, aku akan mati kelaparan kerana tidak lagi berdaya untuk menangkap ikan. Aku mesti mencari jalan supaya aku dapat memperolehi makanan dengan mudah". ...................................
No comments:
Post a Comment